Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati

Wednesday 1 April 2015

Buku CAKNA, Nadi , Makanan Kehidupan

Pesta Buku Utara pada kali ini telah diadakan di UUM pada 22-28/3/2015 di foyer perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM...  Pameran kali ini disertai banyak penjual termasuk juga wakil-wakil universiti seperti Unimap , Unisza, USM, dan lain-lain yang menyertai jualan buku.

Banyak manfaat yang dapat kita ambil daripada pameran buku ini. Menjadi kentungan kepada pelajar UUM sendiri bagi mebeli buku yang diperlukan samada dalam konteks pembelajaran mahupun diluar konteks. Malahan, pelajar baharu sahaja diberikan baucer buku 1 Malaysia. Maka begitu bermakna sekali pesta buku kali ini yang turut menawarkan harga yang begitu istimewa sekali kepada para pelajar.



Cuma yang aku kurang suka sikit untuk bertandang ke sini ialah keadaan orang yang ramai yang bersesak-sesak. Itu memang aku tak suka. seriously xsuka , org ckp nak bernafas pon xcukup udara.. heheh.. Tapi disebabkan benda ini memang tak dapat dielakkan dan kekurangan ini amat sedikit rationya berbanding kelebihan yang aku dapat, kekurangan itu memang aku abaikan saja.Banyak kelebihan datang ke pesta buku ini ialah:
    1. Buku-buku boleh didapat dengan harga yang lebih murah daripada biasa
    2. Boleh tahu perkembangan terkini tentang industri penerbitan
    3. Boleh tengok buku-buku baru di pasaran
Dengan mengunjungi pesta buku , maka secara tidak langsung kita akan lebih tertarik untuk membaca buku dan walau tidak banyak , at least sebuah buku mesti juga kita beli apabila berada disana kerana rambang mata kerana isi kandungan buku yang begitu menarik dan begitu banyak berada di depan mata.

Antara kelebihan yang saya dapati selepas membaca buku ialah :
  1. Pertambahan ilmu; bukanlah banyak akan tetapi tidak sedikit kerana kebanyakan info yang didapati tidak diketahui oleh majoriti dari kawan-kawan yang dikenali.
  2. Mengubah perspektif hidup ini ke arah yang lebih baik. Sebagai seorang doktor, mereka merupakan gologan diiktiraf sebagai yang cerdik dan hebat, akan tetapi minda mereka sebenarnya masih lagi di bawah tempurung (skull bone). Tertutama yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Ini adalah kerana mereka lebih menumpukan kepada tiga perkara iaitu kerja, oncall dan buat master. Apabila membaca buku lebih banyak, saya mula menyedari terdapat banyak ilmu yang perlu dipelajari untuk hidup di dunia ini selain perubatan.
  3. Mengurangkan kebodohan; tidak bermakna jika saya sudah menjadi doktor itu bermakna saya sudah pandai dan terlepas dari kebodohan. Kebodohan itu masih ada, cuma mungkin dalam bidang-bidang lain. Oleh itu, untuk mengurangkan kebodohan, terpaksalah membaca buku tentang perkara lain yang tidak kurang pentingnya seperti isu kesihatan.
Maka , pesta buKu amatlah memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira umur kerana buku merupakan makanan dan nadi kehidupan.



memilih buku..

diskaun yg lumayan gituuu


DATANG DAN BELILAH KERNA BUKU TIADA NILAINYA....