Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati

Monday 12 March 2012

Zaman Nabi s.a.w tiada hospital, tiada penjara, tiada universiti.. kenapa?



Tiada hospital kerana tiada orang sakit, jika ada pun mereka akan solat sunat 2 rakaat dan penyakit akan sembuh, kenapa? kerana mereka punya pegangan iman yang sangat kuat, yakni Allah menyembuhkan, bukannya ubatan, jika tak sembuh, mereka akan redha dan anggap kesakitan itu kafarah dosa..

Tiada penjara kerana susah nak j...umpa orang buat perkara dilarang, kerana iman mereka sangat tinggi dalam mentauhidkan Allah dan hukum Allah digunapakai. Jika ada pun tawanan perang yang beberapa hari kemudian akan peluk Islam..

Tiada universiti kerana semua akan belajar di Masjid Nabi s.a.w segala ilmu Allah..

Ada pemimpin pulak kata...

'ZAMAN NABI (s.a.w) TAK ADA PISAU CUKUR, SEBAB ITU NABI (s.a.w) TAK CUKUR JANGGUT!'

Zaman ini pulak ada orang berpengaruh kata..

'ANDAINYA HUDUD DIJALANKAN, NESCAYA KITA TAK CUKUP BATU NAK BUAT JALAN'... Terfikir pulak, rupanya pada pandangan beliau, rakyat Malaysia ni ramai yang jahat dan pasti direjam jika hudud dijalankan!

Berhati-hatilah selalu dan perbanyakkanlah berzikir dan mengingati Allah supaya kita tidak tergolongan didalam 72 golongan yang akan ke neraka kelak.hanya 1 golongan yang akan ke syurga di antara 73 golongan..moga Allah SWT melindungi kita dari termasuk kedalam golongan tersebut..NAUZUBILLAH..
 

No comments:

Post a Comment