Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati

Monday 12 March 2012

"Kenapa lelaki menangis"


kalau dulu, saya cerita "kenapa perempuan mudah menangis"..
tapi kali ni, saya nak kongsi "Kenapa lelaki menangis"     ...jomm...

Sebenarnya, bukan senang nak lihat air mata lelaki mengalir... ramai yang tahu betapa kuatnya spesis adam ni mengawal perasaan...  menyembunyikan perasaan sedih, tetapi ada ketikanya.. lelaKI juga tak dapat menahan air mata ni dari mengalir..

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan kita adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia. Tetapi, lain jadinya kalau kita terjumpa atau  berkawan dengan seorang lelaki yang selalu menangis.. mesti orang akan cop mereka sebagai lembik, tak sejati, pondan dan tak macho. Jadi walau sesedih mana pun lelaki, mereka akan berusaha mengawal air mata daripada tumpah. Mungkin masyarakat menganggap lelaki sebagai ego dan keras hati. Tapi betul ke? Cuba kita tanya balik, kenapa lelaki jadi macam tu. Bukan ke tanggapan masyarakat sendiri yang ‘mengeraskan’ hati lelaki untuk menangis?

Persoalannya, Adakah lelaki tak boleh menangis? Jika YA, bagi saya 10 sebab kenapa lelaki tak boleh menangis? Lumrah manusia kan, kita menangis untuk menzahirkan perasaan kita bila terlalu sedih atau terlalu gembira, terharu, kecewa dan sebagainya. Masa kecil-kecil dulu, mak ayah  cakap, “lelaki tak boleh menangis, malulah kalau orang tengok.” Kata-kata itu sedikit sebanyak telah menahan air mata LELAKI dari menitis  dan LELAKI hanya mampu  menangis di dalam hati.

Berdasarkan satu kajian daripada Penn State University, Amerika Syarikat air mata lelaki kini lebih diterima berbanding perempuan. Kajian ke atas 284 orang itu mendapati, tangisan lelaki lebih dilihat positif kerana mencerminkan kejujuran sedangkan tangisan perempuan pula dilihat sebagai hilang kawalan. Kenapa tangisan lelaki dikatakan jujur? Ini kerana, lelaki sejati hanya menangis dalam situasi yang benar-benar menyentuh hati mereka..
Kesimpulannya, sesiapapun boleh menangis untuk menzahirkan perasaan yang terbuku dalam hati. tak  salah pun untuk lelaki atau perempuan menangis. Tetapi biarlah tangisan itu lahir dari hati.. bukan sekadar meraih simpati...

...... terima kasih  kepada  seorang perempuan yang pernah mengalirkan air mata LELAKI, keranA KAMU telah menyentuh hati seorang yang bergelar LELAKI..

No comments:

Post a Comment